CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 24, 2008

Benar kau kenal aku?

Kadangkala, aku merasakan hidup aku serba tidak kena.bagai ada sesuatu yang hilang.hingga kini,aku tidak mengetahui apakah yang menyebabkan aku merasa begini. zahirnya, hidup aku hampir sempurna. aku tidak nafikan, aku juga merasa begitu.zahirnya.mengapa?kerana aku mempunyai seorang Mama yang sangat hebat.Adik-adik yang cantik dan kacak.Sepupu serta sedara mara yang ramai serta menyayangi aku.kawan-kawan yang ramai.benar,aku amat disayangi dan disayangi.tambahan pula,aku dikurniakan akal fikiran yang elok.aku boleh berfikir dengan baik.aku juga dikurniakan kemahiran berkomunikasi yang baik. di mana tidak semua orang ada.alhamdulillah. ya,bertuahnya aku. bukan aku idak bersyukur atas nikmat Allah, tetapi,aku merasakan ada sesuatu yang serba tidak kena.

Memang semua org sayang aku,mereka menjaga aku tetapi aku merasakan aku tidak menyayangi diri aku sendiri.kerana majoriti apa yang aku lakukan adalah untuk kebaikan orang lain. ya, dalam hidup aku,aku tidak mahu menyusahkan orang lain. akku juga manusia, punya keinginan. tetapi aku terpaksa mengorbankan keinginanku hanya untuuk memuaskan hati orang lain. Aku masih ingat, sewaktu aku di tingkatan 4. Oleh kerana aku memdapat keputusan PMR yang cemerlang, aku berhajat mahu melanjutkan pelajaranku ke Kolej Yayasan Saad,Melaka. seperti yang aku katakan tadi,aku seorang yang bertuah. Bapa saudara aku adalah Yang Di-Pertua Gabenor Melaka. jadi aku ada cable yang besar. memang pasti aku boleh ke KYS. tetapi, aku membatalkan niatku. kisahnya begini, aku punya seorang ibu saudara yang rapat dengan aku. dia seperti ibu kedua bagiku. aku memberitahu hajatku kepadanya. dan aku mendapat reaksi yang tidak memberansangkan. aku diberitahu bahawa untuk ke KYS akan memakan banyak belanja. dan Mama ku seorang yang sibuk, jadi dialah yang akan datang melawatku di KYS kelak. dan aku sedar, bahawa keluargaku tidaklah semewah keluarga pera pelajar di KYS.aku bukanlah anak Dato' atau Tan Sri.dan aku sedar,jika aku kesana,siapa akan menjaga adik-adikku?jika aku kesana,wang gaji mamaku akan banyak habis terhadap aku, bagaimana dengan diri mama serta adik-adik?dan benar kata ibu saudaraku,mungkin sia juga terpaksa mengeluarkan wangnya untuk perbelanjaan aku dan benar,mama seorang yan sibuk, jadi dia tidak punya banyak masa untuk melawatku. menyedari semua itu, aku menangis sepanjang malam. keseorangan. aku tidak tahu siapa yang sudi mendengar tangisanku. memang benar ramai orang menyayangiku, tetapi aku tidak mahu menyusahkan mereka. biarlah aku susah seorang diri.biarlah aku sakit seorang diri. jangan aku menyakiti atau menyusahkan orang lain.aku tidak sanggup.biar orang itu adik aku,mama aku,keluarga aku,kawan aku,orang yang aku tidak kenal sekalipun, aku tidak mahu menyusahkan orang.

dalam hidup aku,tiada sesiapa yang benar-benar mengenali aku.apa yang aku maksudkan dengan "mengenali" adalah mengetahui intipati aku,perangai aku,mengetahui bahawa aku berada dalam kesedihan walaupun aku sedang tersenyum.mengetahui bahawa aku sedang menangis walaupun zahirnya aku sedang ketawa.tiada siapa mengenali batinku.kebanyakan orang hanya mengenali Lily Cartina ,seorang gadis yang sentiasa tersenyum,yang sentiasa membuatkan orang gembira. ya,aku boleh membuat orang gembira. tetapi aku tidak tahu siapa yang membuat aku gembira.

perasaanku,hanya aku yang tahu.sakit aku,hanya aku yang rasa.walaupun aku seorang yang agresif,aku tidak mengenal erti marah.aku tidak reti melepaskan kemarahanku. jadi,aku menukar kemarahan itu kepada kesedihan. walaupun aku marah,aku menangis.aku geram,aku menangis.aku sedih,aku menangis.keseorangan.mungkin kau orang akan fikir aku ni seorang yang mengada-ngada dan lemah kerana sentiasa menitiskan air mata.tetapi adakah kau orang tahu bagaimana hebatnya cabaran yang Allah berikan kepadaku?adakah kau orang tahu apa yang aku harus harungi?adakah kau orang tahu apa yang harus aku hadapi?tahukah kalian bagaimana rasanya jika dirimu tidak diterima seadanya?hanya kerana aku mempunyai paras rupa yang tidak cantik,aku bagai tidak berharga.tiada siapa menerimaku seadanya.walhal banyak lagi yang istimewa pasa diriku.tapi kerana aku tidak cantik,keistimewaanku dikaburi.tiada siapa nampak.aku bagai tidak berguna.orang lain mahu aku menjadi orang lain.tambahan pula,aku dibandingkan dengan ahli keluargaku yang cantik.tahukah kalian bagaimana rasanya itu?pedih.hanya kerana aku tidak memiliki parak rupa,aku disakiti.aku disakiti orang kerana tidak menerima serta mengataku serta aku sakiti diriku sendiri.hanya kerana mahu cantik.tiada orang mahu mengenali isi hatiku,batinku.

aku hanya 17 tahun,tetapi aku telah berdepan dengan macam-macam situasi.semuanya harus ku harungi sendiri. jika benar aku lemah kerana menangis,kalian beritahu aku aku, bagaimana lagi harus aku lepaskan,luahkan perasaanku? tiada siapa sudi mendengar kata-kataku. kehidupan peribadiku jarang sekali orang tahu. aku tidak akan bercerita selagi tidak ditanya. malangnya,tiada siapa yang bertanya. mengapa?kerana tiada siapa yang benar-benar mengenaliku.

inilah aku.Lily Cartina. gadis yang sentiasa tersenyum,berfikiran positif dan terbuka.yang disayangi.yang dikenali ramai. tetapi jauuh di sudut hatiku, aku inginkan perhatian.bukan perhatian kerana mahu menjadi terkenal.demi Allah bukan itu yang aku maksudkan. aku mahu perhatian,diambil berat. Allah sahaja tahu sakit aku,manis aku,suka aku,duka aku,Allah saja yang tahu.Walaupun aku keseorangan,aku tahu dia sering memerhatikan ku. dan aku juga sedar bahawa semua ini datang dariNya untuk kebaikan aku sendiri.aku akan bertahan.kerana aku tahu,banyak lagi yang menanti aku di luar sana.



Reflection
Christina Aguilera

Look at me
You may think you see who I really am
But you'll never know me
Every day
It's as if I play a part
If I wear a mask
I can fool the world
But I cannot fool my heart

Who is that girl I see
Staring straight back at me?
When will my reflection show
who I am inside?

I am now in a world where I have to hide my heart
And what I believe in
But somehow I will show the world
What's inside my heart
And be loved for who I am

Who is that girl I see
Staring straight back at me?
Why is my reflection someone I don't know?
Must I pretend that I'm someone else for all time?
When will my reflection show
Who I am inside?

There's a heart that must be free to fly
That burns with a need to know the reason why
Why must we all conceal
What we think
How we feel?
Must there be a secret me
I'm forced to hide?

I won't pretend that I'm someone else for all time
When will my reflection show
Who I am inside?
When will my reflection show
Who I am inside?

0 screams: