CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, February 20, 2008

oh Papa




Sedangnya berlari-lari di taman
Riang gembira tidak terhingga
Ibarat dunia dia yang punya

Tiba-tiba
Tidak disangka
Dalam keseronokan datang pula bala
“papa!sakitnya!”
Jerit anak kecil itu
Terjatuh rupanya

Papa berlari pantas ke arah anak kecilnya
Cemas melihat anak kecilnya cedera
Menangis kesakitan
Lantas mendukung anak kecil itu
“alah anak papa,sakit ya.itu lah,lain kali.main elok-elok”
Tenang jiwa anak kecil itu
Mendengar kata-kata papa
berada di dalam dakap papa

Anak kecil itu dilayan bak puteri oleh papa
Apa saja dikeluarkan oleh bibir
Akan ditunaikan oleh papa
Dan bila ditanya
“hai anak kecil,kau anak siapa?”
Lantas dia menjawab
“saya anak papa”

Dalam gembira selalunya datang bala
Bala apa?
Bala bagaimana?
Terlatuh lagi anak kecil itu?

“papa,papa,saya mahu papa”
Tangis anak kecil itu
Tetapi kali ini
Papa tidak datang berlari
Tiada lagi papa untuk mendukungnya
Menenangkan anak kecil itu

Papa sudah pergi
Selamanya pergi meninggal sang puteri
Anak kecil menangis tanpa henti
Dirinya mahu Satu
dirinya papa

Jujur anak kecil itu cemburu
Melihat orang lain bermanja
Bergurau senda
bersama papa mereka

Wahai teman,
Sayangi papa kamu
Cium tangannya
Jangan kau ingkar cakapnya
Jaga perasaannya
Selagi dia masih ada
Hai teman,bertuahnya dirimu kerana punya seorang papa
Di kala ada anak kecil yang mendahagakan kasih sayang seorang papa

Oh papa,
Anak kecil ini merindumu
Tiap detik tiap saat mahu merasa pelukanmu

Oh papa,
Anak kacil ini berdoa kau selamat di sana
Walau papa tidak kelihatan
Tidak kedengaran
Anak kecil ini tahu
Papa sentiasa ada di sampingnya
Membisikkan kata cinta padanya

Oh papa
Oh papa
Oh papa

7 screams:

Fox said...

Sorry. Look please here

Tojagal said...

This comment has been removed because it linked to malicious content. Learn more.

WanHidayat said...

Salam my dear sis....jgn sedih2 ek...u still got a very good and nice mama ever....ever dear....

Raja Azrul said...

jgn sedey2...

abg raja mcm tue jugak..tapi takkan selamanya kita nak bersedey..

Lily fokus pd ur study, nnt boleh tlg mama dan adik2!!

nsamsudin said...

tak pe lily...mama kan ada...its the 4 of us against the big bad world...

Pjoyz xXx said...

jgn sedey2 yek... lili kan kuat... mama n adik2 still ada wif u... n u have a lot of ump's bro rite...

syafiqah said...

my tear drops when i read this poem. be strong honey. =)