CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 18, 2008

Cakap itu ibarat Pelacur. Tapi bukan cakap aku.


Cakap. Murah. Mudah. Mcm pelacur. Cakap kerana mahu perhatian. Semangat. Nekad. Bila sudah habis bercakap semua ditinggalkan. Tiada apa lagi. Balik seperti sedia kala. Lagi mcm pelacur. Di ranjang semangat, nekad, sepenuh tenaga melayan nafsu si polan. Bila sudah siap, ditinggalkan sendirian. Pergi malacur lagi.

Aku sedar, kalian mungkin akan fikir, kalau benar aku fikir cakap itu serupa pelacur, mengapa aku berkata-kata? Mengapa tidak senyap saja? Apa aku mahu jadi pelacur?

Kerana cakap aku mahal.

Yea benar.Riak aku kali ini.
Berlagak.
Tapi aku mengatakan yang benar.
Cakap aku mahal.
Kerana bila aku cakap, aku bikin.

Jadi jangan samakan cakap aku dengan pelacur. Aku berani berkata-kata kerana setiap apa yang aku kata aku maksudkan. Tiada dusta. Aku berani berjanji kerana setiap janji aku cuba sedaya upaya untuk kotakan. Dengan izin Tuhan.

Pernah aku lakukan sesuatu di luar jangkaan dan mendapat kritikan pedas dari orang ramai. Orang cakap. Yea, mereka cakap. Mereka cakap "Lily kau bodoh. Sia-sia kau habiskan wang dan tenaga. Dia tidak mahu kau. Bodoh kau Lily." Bodoh. Sia-sia. Itu yang mereka cakap pada aku.

Tapi kau orang tahu cakap saja. Aku yang lakukannya. Aku yang berkerah tenaga. Yea, aku tahu dia tidak mahu aku. Sudah terang lagi bersuluh. Tapi apa perasaanku hanya dia dan Tuhan yang tahu. Mahu aku buktikan yang aku bercakap banar. Benar aku pulang tangan kosong. Tapi aku tidak hampa. Mata aku tiada air mata. Kerana sedaya upaya aku cuba. Aku usaha. Bukan cakap saja. Tetapi Tuhan lebih mengetahui. Tuhan yang menentukan. Kita manusia, apakan daya mahu malawan kuasa Tuhan? Jadi aku akur. Sekurang-kurangnya aku cuba. Aku berani cuba. Sudah aku kata,bila aku cakap, aku bikin. Cakap aku mahal. Aku yang bodoh ya?

Benar, cakap aku mahal. Cakap aku berharga.
Memang kata-kata aku tidak puitis.
Tidak berbunga-bunga.
Tetapi aku bercakap benar.
Dan aku bukan sekadar cakap.
Jika aku kata aku mahu,bermakna akan aku usaha untuk dapatkan.
Jika aku kata aku akan buat, bermakna aku akan buat sedaya upaya.
Jika aku kata benci kau, bermakna kau hina di hati aku.
akhir sekali
Jika aku kata aku cinta kau, bermakna akan aku curahkan segala kasih sayang yang aku ada pada kau.

Ya, kau. Kaulah yang aku maksudkan.

0 screams: