CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, December 5, 2008

Ikhlas untuk Abang.

Zaini. Zane. Abang.
Nik. Nikols. Abang.
Aku sayang korang sangat.
Selama aku hidup, aku lah yang sulung.
Selama aku hidup, aku lah yang keras.
Selama aku hidup, aku lah yang berdikari.
Selama aku hidup, aku lah yang sendiri.

Tapi kini, aku ada abang.
2 orang abang.
Aku selalu jadi "along" atau "kakak" dalam family aku.
Tapi pada mereka aku "adik" atau "baby sis"
Aku suka.
Pertama kalinya aku jadi yang kecil.
Pertama kalinya aku jadi yang manja.
Pertama kalinya aku jadi yang dijaga.
Pertama kalinya aku jadi yang ditemani.

Walau lahir dari rahim berbeza,
walau darah yang mengalir tidak sama.
Tapi kasih sayang seperti adik beradik aku rasa.

Abang Zane,
Abang Nikols,
kau orang adalah rahmat dari Tuhan yang amat berharga.
kau orang ibarat hadiah dalam hidup aku.
Hadiah yang best terlampau.
Terlalu best.

Benar, kau orang tidak sempurna.
Abang Zane emotional berlebihan.
Abang Nikols bercelaru berpanjangan.
hehehhehe

Tetapi,

Abang Zane,
walau berbagai dugaan datang kepada kau,
walau kau sakiti diri sendiri,
walau banyak air mata kau tangisi,
kau tahan. walau sakit kau tahan sekuat hati.
kat tabah. kau kuat. kau hebat abang.

Abang Nikols,
walau kau sudah lihat betapa jahatnya dunia,
betapa kejamnya manusia,
dan betapa banyak kau merana,
kau masih ada "compassion" dalam diri kau.
Kau masih membantu walau ditikam belakang.
kau masih mengubat walau sakit kau sendiri belum hilang.
kau baik. walau dunia ini jahat terhadap kau, kau tetap berbuat baik.
kau baik. kau ikhlas. kau terre abang.

Tuhan,
terima kasih atas rahmat kau.
terima kasih kerana temukan aku dengan abang-abang aku.
Sungguh aku sayang mereka.
Dan aku harap mereka sayang aku juga.

Tuhan,
tolong jaga abang-abang aku yea.
Jaga mereka molek-molek.
gembirakan abang-abang aku.
kurniakan permintaan abang-abang aku.
bahagiakan abang-abang aku.
berikan yang terbaik terhadap abang-abang aku.
akhir sekali,
aku mohon,
jangan sakiti abang-abang aku.
sesungguhnya mereka sudah terlalu banyak merasa kepedihan.

Kesian abang-abang aku ya Tuhan.
Mereka sudah banyak menangis walau tiada yang nampak.
Tapi aku tahu kau nampak Tuhan.
Bantulah abang-abang Tuhan.
Abang-abang aku tidak minta lebih.
Abang-abang aku hanya mahu gembira.
Abang-abang aku hanya mahu orang sayang mereka.
Abang-abang aku hanya mahu diterima seadanya.

Tuhan,
kasi tahu sama abang-abang aku,
aku sayang mereka gila.

I love you abang.

2 screams:

[meinthetrainat5am] said...

i love my abang juga.hehe

Lord Hosni de Croquignolet said...

waaa...where is ur abang hosni?