CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, May 6, 2009

Simpan dahulu khabarnya



Berkaki ayam ke pantai, mendengar irama dialun oleh okestra semulajadi. Tiupan bayu malam, hentakan ombak, bersertakan siulan burung. Tidak aku hiraukan sepersalinan pakaian yang aku baru basuh, lantas aku berbaring di atas pasir pantai, mendongak ke langit, teruja ingin berjumpa para sahabat di atas sana. Para bintang.

Malangnya, para sahabat aku bersembunyi pada malam itu. Langit dibiarkan sendirian. Kosong. Seperti jiwa aku. Kosong. Lantas emosi menjadi tidak stabil. Rasa tidak kosong menghantui diri. Rasa ralat memenuhi diri. Kemudian Kau pula menghantar pesanan ringkan kepada telefon bimbit mengajar aku pulang. Aku yang masih merasa kosong serta hormon yang tidak stabil ini akur. Akan tetapi aku seolah-olah menjadi insan berbeza.

Kau bercanda di sisi aku, tetapi aku balas canda kau itu dengan "Diam". Dalam perjalanan ke kereta aku merapu. Belum habis aku merapu kau menarik aku ke dalam rangkul kau dan bertanyakan mengapa aku berkelakuan sebagitu. Situasi sama di dalam kereta. Aku masih merapu. Mengatakan bahawasanya aku merasa kosong. Bahawasanya aku mahu menjadi cantik kerana orang cantik walaupun perangai macam anjing tetap dipandang tinggi. Kau genggam tangan aku yang sedang memegang gear kereta sehingga sampai ke rumah kau. Seperti biasa aku salam cium tangan kau dan pipi kau. Sebelum kau berlalu pergi kau memohon maaf jika kau yang membuat aku manjadi tidak stabil. Jika kau membuat aku marah. AKu hanya mampu berkata "tidak. bukan kau."

Sampai di rumah, aku menghantar pesanan ringkas kepada kau. "Demi Tuhan aku tidak marah kau. Cuma tadi aku tiba-tiba merasa kosong kerana aku melihat langit kosong tanpa bintang."

Kau membalas
"Apa-apa pun, aku tahu kau marahkan aku. Aku tahu bahasa jiwa kau. Kata-kata kau di dalam kereta tadi untuk aku. Tidak kisah lah kau nak kata aku perasan atau apa. aku mohon maaf kepada kau."

Aku berfikir, mungkin benar bicara kau. Tetapi aku masih menafikannya.
"Sumpah bukan untuk kau. Tiada kena mengena dengan sesiapa."

Kau membalas
"Lihat mata kau pun aku sudah tahu. Tetapi kalau begitu tak mengapa lah"

Aku bingung.
"Nampak apa dalam mata?"

Kau membalas
"Seseorang yang kau sayang"

Aku berdebar. Apa mungkin kau tahu aku memendam perasaan untuk kau?
"Benar?"

Kau membalas
"ha'ah"

Menarik nafas panjang.
"Siapa?"

Kau membalas
"Setiap kali aku berada di hadapan kau, aku tenung mata kau dalam-dalam. Aku dapat lihat diri aku. Maaflah jika aku perasan."

Jadi benar kau tahu. Terkejut aku. Apa benar kau boleh lihat memalui mata aku? Apa benar memalui mata aku kau boleh nampak cinta aku untuk kau? Aku tidak pasti.Walaupun aku cinta kau, belum masa lagi untuk kita bersama.
"Simpan dahulu"

Kau membalas
"ok"

Akan tetapi aku cintakan kau, jadi
"Tapi jangankan biarkan dia hilang"

Kau membalas
"Tidak akan hilang sebelum ajal"

Sebak dalam dada.Mahu saja aku balas dengan mengatakan aku cintakan kau, tetapi
"Khabarkan semula bila yang lain sudah dilepaskan"

Kau membalas
"Dengan izin Allah s.w.t"

Kata cinta tak pernah aku ucapkan,
tapi aku pasti kau merasa.
Ibarat bayu malam yang tidak kelihatan,
tetapi belaiannya jelas terasa.


P/S: Setiap hari aku rindu kau.

4 screams:

Mrs. Turner said...

lily bercerita dengan bahasa ibunda :D

Lily Cartina said...

kerana kami berbalas pesanan ringkas dalam bahasa ibunda.
heh.

Nur Amelia Safuraa said...

ohh ini terbaik lah :)

Lily Cartina said...

thank u amy!